Kelas Keusahawanan dan Advokasi Pengurusan Risiko Dalam Talian

30 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 29 November 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Keusahawanan dan Advokasi Pengurusan Risiko dalam Talian. Kelas ini berlansung selama 3 jam iaitu 1 jam untuk slot advokasi dan 2 jam untuk pembelajaran keusahawanan. Kelas ini telah dihadiri 8 orang peserta di mana 5 orang peserta lelaki dan 3 orang peserta perempuan. Peserta peserta yang hadir kebanyakan nya dari pelajar sekolah rendah dan menengah.

Kelas ini adalah bertujuan untuk memupuk minat peserta tentang bidang keusahawanan dan memantapkan lagi pemahaman peserta tentang advokasi pengurusan risiko dalam talian. Pada sesi pertama kelas dimulakan dengan pendedahan advokasi pengurusan risiko dalam talian dimana peserta diterangkan bagaimana untuk untuk mengawal aktiviti di dalam talian. Peserta juga didedahkan secara ringkas nya tentang penyalahgunaan internet seperti jenayah siber, terlebih kongsi maklumat, maklumat palsu dan keganasan siber. Selepas itu, kelas diteruskan dengan pendedahan bidang keusahawanan dimana peserta di terangkan tentang strategi pemasaran yang melibatkan 4 faktor iaitu 4 P’s. Peserta di terangkan tentang setiap strategi pemasaran 4 p’s iaitu Product (Produk), Price(Harga), Promotion(Promosi) dan Place(Pengedaran).

Diakhir kelas ini, peserta dapat menambah ilmu yang baru di dalam keusahawan. Selain itu, peserta juga sentiasa di dedahkan tentang advokasi siber tentang penggunaan internet. Semoga dengan pendekatan ini, peserta boleh mengurangkan atau menghindar penipuan dan mengelakkan berlaku nya jenayah siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

kembali